Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England


KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Perseorangan nombor empat dunia itu, kini dalam misi menebus prestasi tidak konsistennya, berdepan satu lagi kekalahan selepas tewas 19-21, 13-21 kepada Shi selepas 43 minit bertarung di Utilita Arena, Birmingham.

Juara All England 2021 itu memberi tentangan sengit pada set pertama namun gagal menyaingi Shi, yang merupakan pemenang perak Kejohanan Dunia 2018, pada set kedua, sekali gus terlepas peluang untuk membawa permainan ke rubber set.

Ini adalah kekalahan keempat daripada lima perlawanan Zii Jia berdepan pemain nombor 12 dunia itu, justeru menamatkan cabaran Malaysia di All England.

Zii Jia melangkah ke separuh akhir kejohanan Super 1000 itu dengan mengetepikan pemain Jepun Kodai Naraoka manakala Shi menewaskan rakan senegara Weng Hong Yang.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *