Warisan Tidak Tanding Di Parlimen Padang Serai


LORETTO

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) tidak bertanding di kerusi Parlimen Padang Serai yang akan diadakan pada 7 Disember ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Warisan, Datuk Loretto S. Padua dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai pada 24 November dan hari mengundi pada 7 Disember

“Parti Warisan mengambil maklum pengumuman tersebut dan telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan.

“Pihak SPR sudah pun dimaklumkan mengenai keputusan Parti Warisan terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, logo Parti Warisan masih akan tersenarai dalam kertas undi oleh kerana sudah didaftarkan sebagai salah satu parti yang bertanding di Parlimen Padang Serai pada 5 November lalu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *