KOTA KINABALU: Wanita UMNO Sabah terus konsisten menyokong Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus menjalankan tugas sebagai presiden parti walau pun timbul beberapa desakan untuk beliau berundur ekoran reputasi merundum UMNO/ (Barisan Nasional) BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini.
Ketuanya Senator Datuk Noraini Idris berkata, mendesak Presiden parti untuk meletakkan jawatan bukanlah jalan tuntas yang boleh menyelesaikan masalah, namum seharusnya semua pihak perlu mencari solusi bagaimana mahu menarik kembali sokongan pengundi Melayu kepada UMNO.
“Wanita UMNO Sabah akan terus menyokong kepemimpinan dan mengekalkanya, ahli UMNO perlu bersikap rasional dan adil dalam menangani isu ini tanpa menyalahkan sepeuhnya kepada Presiden seharusnya kita fokus kepada usaha memulih dan memperkasakan UMNO” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Wanita UMNO Sabah di sini, hari ini.
Menurut Noraini, tempoh 8 bulan bukanlah satu tempoh yang cukup bagi memberi penjelasan dan penerangan berhubung kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) terutamanya melibatkan DAP di mana peluang ini diambil oleh Perikatan Nasional untuk meniupkan sentiman perkauman, provokasi dan fitnah melampau yang meracuni pemikiran rakyat terutamanya pengundi Melayu untuk menolak UMNO/BN dalam PRN baru baru ini.
Menurut Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian Penampang, setiap parti di negara ini melalui sejarah jatuh dan bangunanya sebagaimana yang dialami oleh PAS dan PKR namun ahlinya tidak pernah meminta presiden mereka untuk meletakkan jawatan.
Ketika diajukan soalan mengenai adakah pencapaian UMNO/BN dalam PRN di enam buah negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini akan turut memberikan kesan kepada kekuatan UMNO di Sabah, Noraini menepis dakwaan itu yang dimainkan oleh parti lawan.
Katanya situasi dan isu di Semenanjung Malaysia dan Sabah adalah berbeza dan
ahli UMNO Sabah diingatkan agar tidak terpengaruh dengan presepsi tersebut sebaliknya fokus untuk terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk berhadapan dengan PRN akan datang
“Itu hanya presepsi parti lawan yang cuba menimbulkan proganda ,apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia berbeza dengan situasi dan isu di Sabah, UMNO Sabah masih kukuh dan kita akan kekal fokus untuk memperkukuhkan gerak kerja bagi mencapai obejktif menang dalam PRN akan datang” jelas Noraini.
Sehubungan itu, Noraini berkata sebagai tulang belakang parti, sudah pasti Wanita UMNO akan terus menggembleng tenaga untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa dijaga.
Noraini seterusnya menyeru semua ahli parti untuk terus merapatkan saf dah memperkukuhkan parti agar rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa UMNO adalah parti yang benar-benar mampu mendukung denyut nadi rakyat.
“Saya meminta semua kepimpinan Wanita UMNO bahagian dan cawangan agar terus melaksanakan tugas, mengerakkan gerak kerja yang teratur mendekati rakyat dan ahli di peringkat akar umbi, dan gerak kerja itu perlu bermula dari sekarang bukanya disaat-saat akhir ketika menghadapi PRN” katanya.