Wanita Lithuania hilang 4 tahun lalu ditemukan di Malaysia


KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Selepas empat tahun pencarian, seorang wanita warga Lithuania yang datang ke Malaysia dan terputus hubungan dengan kedua ibu bapanya, berjaya ditemukan semula, menurut penyiar awam Lithuania LRT.

Wanita dari Raseiniai, Lithuania itu datang ke Malaysia pada Januari 2019 untuk melawat rakan yang dikenali menerusi internet dan ketika itu dia berusia 19 tahun, kata Ketua Polis Daerah Siauliai dalam satu kenyataan. 

Ibu bapanya telah menghubungi Polis Daerah Raseiniai dan meminta membantu mencari anaknya itu. Polis Malaysia tidak dapat memberikan maklumat sama ada wanita itu berada di negara ini.

Penyiasat Raseiniai mengesan akaun Facebook masyarakat Lithuania Malaysia dan menghubungi pengerusinya Rita Ruke.

Ruke kemudian meminta detektif tempatan untuk memeriksa setiap lokasi, nombor telefon dan alamat wanita itu yang dihantar oleh pihak Raseiniai.

Pemeriksaan terakhir pada Disember tahun lalu mendapat terdapat pembelian dalam talian yang dibuat atas nama wanita berkenaan.

Pada 20 Dis tahun lalu, wanita dilaporkan ada berbual menerusi video dengan Ketua Penyiasat Vytautas Globis.

“Saya masih hidup, dalam keadaan baik dan sangat gembira,” kata wanita itu. 

Menurut laporan, wanita berkenaan meninggalkan Lithuania dan memutuskan hubungan dengan keluarga terdekatnya kerana enggan mempunyai apa-apa kaitan dengan mereka.

— BERNAMA

 

 

 

 

 

 



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *