Wakil Rakyat Perlu Peka Isu Keselamatan – Hajiji

Hajiji berbincang dengan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Halim Khalid.KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini menghadiri Program Taklimat Keselamatan kepada Wakil Rakyat Negeri Sabah (Program Vaksinasi Kebangsaan) di Sabah International Convention Centre (SICC). Dalam ucapannya, Hajiji menggesa wakil rakyat agar mengetahui…

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini menghadiri Program Taklimat Keselamatan kepada Wakil Rakyat Negeri Sabah (Program Vaksinasi Kebangsaan) di Sabah International Convention Centre (SICC).

Dalam ucapannya, Hajiji menggesa wakil rakyat agar mengetahui isu-isu berkaitan keselamatan, selain isu ekonomi, pembangunan, pendidikan dan lain-lain.

“Sebagai pemimpin di kawasan masing-masing, kita perlu tahu hal ehwal keselamatan di kawasan kita dan juga hal ehwal keselamatan di negeri kita.

“Supaya kita sentiasa ‘alert’ akan wujudnya ancaman keselamatan (security threat) dan ancaman wabak penyakit di dalam negeri kita,” tegasnya.

Beliau yakin Wakil-Wakil Rakyat yang menghadiri program taklimat itu telah mendapat “first hand information” berkaitan isu-isu keselamatan di Sabah daripada Pesurujaya Polis Sabah dan Pengarah Kesihatan Negeri.

“Kerana di bahu merekalah terletak tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya.

“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk mengekalkan ketenteraman, keamanan dan kemakmuran negeri Sabah tercinta.

“Disamping berjaga-jaga dengan wabak penyakit yang melanda. Vaksin yang diperlukan sudah tiba di Sabah. InsyaaAllah, kita akan edarkan ke seluruh negeri untuk proses vaksinasi frontliners dan setiap rakyat,” tambah Hajiji.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr.Zulkapli bin Mohamed dan jemaah menteri negeri.

MALAYSIAN DAILY NEWS