Usaha Menyantuni Rakyat Diteruskan – Ben Chong


KUDAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor, Ben Chong terus menjalankan aktiviti turun padang bagi memastikan kumpulan sasar yang memerlukan bantuan diberi perhatian.

Menerusi program Ziarah Kasih, Ben bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) bahagian Kudat menyampaikan bantuan kerusi roda serta bakul makanan di Kampung (Kg) Limau-Limauan dan Kg. Nangaran Darat.

Beliau berkata, mealui program sebegitu, beliau berpeluang menyelami hati nurani rakyat disamping menjalankan tanggungjawab sosial kepada insan-insan yang berdepan kesusahan ini.

Semalam, Ben turut mengadakan lawatan ke rumah seorang penduduk yang baru kehilangan rumah dalam kebakaran yang berlaku di Kg. Longgom Besar.

“Saya bersimpati dan berkongsi atas kesedihan yang menimpa keluarga ini.

“Dengan itu, saya menyumbangkan perkakas bahan binaan untuk  pembinaan semula rumah berkenaan agar keluarga tersebut akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

“Kita berdoa supaya keluarga ini terus tabah dan bersabar atas ujian yang telah berlaku. Semoga urusan pembinaan rumah keluarga ini berjalan dengan baik dan dipermudahkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *