UPKO Libaran terima lebih 100 keahlian baharu


Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran terus mantap dengan kemasukan lebih 100 ahli baharu daripada beberapa cawangan sedia ada dan cawangan baharu.

Kemasukan ahli baharu ke dalam Upko menunjukkan parti itu masih relevan dan terus menjadi pilihan rakyat negeri ini.

Ketua Bahagian Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, sejak awal bulan ini Upko Libaran aktif menerima keahlian baharu antaranya dari kawasan Gum-Gum, Sungai Manila dan Sungai Sibuga, Sandakan.

Beliau berkata, Upko Libaran akan terus berusaha menambah keahlian dan mewujudkan cawangan baharu di kawasan bagi memantapkan lagi kekuatan parti itu.

Dr.Peter (dua dari kiri) menerima borang keahlian daripada Cawangan Kg.Sg.Kapur, Ulu Dusun.

“Baru-baru ini, kita menerima keahlian baharu daripada Cawangan Kg Sungai Kapur, Ulu Dusun, Batu 30, Sandakan dan Cawangan Kg Nelayan Sungai Manila yang masing-masing diterajui oleh En.Benedict dan En.Salihin.

“Selain itu penajaan Cawangan UPKO Peringkat 3, Sg Manila dengan ahli baharu seramai 53 orang diketuai oleh En.Barih,” katanya dipetik Nabalu News.

“Terdapat beberapa cawangan baharu yang akan ditaja pada bulan ini setelah kami menerima permintaan daripada para penduduk di kawasan Batu 25, Jalan Labuk, Sungai Dusun, Dandulit, Sungai Manila, Sungai Batang dan Pulau Libaran,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Upko Libaran menerima lebih 1,100 ahli baharu sebagai tambahan kepada hampir 8,000 ahli sedia ada di kawasan itu.

Dr Peter berkata, ketika ini Upko Libaran mempunyai lebih 60 cawangan dengan jumlah keahlian hampir mencecah 8,000 ahli.

Katanya, kemasukan ahli-ahli baharu dalam parti itu akan memantapkan lagi perjuangan dan kedudukan parti itu sebagai sebuah Parti yang berbilang kaum di Pantai Timur Sabah. Semakin hari semakin ramai yang ingin menyertai UPKO yang Fokus, Berani dan Ikhlas sebagai Peneraju Perjuangan Rakyat Jelata di kawasan Libaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.