Twitter sekali lagi sekat akaun penyanyi Kanye West


MOSCOW, 2 Dis (Bernama) — Twitter sekali lagi menyekat akaun Twitter penyanyi rap Kanye West kerana gagal mematuhi peraturan mengenai hasutan keganasan.

Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye dilaporkan telah memuat naik naik imej yang memaparkan simbol swastika Nazi, lapor Sputnik memetik Daily Mail.

“Saya telah cuba sedaya upaya. Namun, dia (Ye) sekali lagi melanggar peraturan kami mengenai hasutan keganasan… Akaun akan digantung,” ciap pemilik Twitter Elon Musk

Pada Khamis, penyanyi itu membuat satu lagi kenyataan kontroversi menyatakan beliau suka kepada pemimpin Nazi Adolf Hitler dan menyayangi Nazi selepas tuduhan anti-Semitism terhadapnya baru-baru ini.

Pada Oktober, Twitter menyekat akaun Ye namun, sekatan telah ditarik balik sebelum Musk membeli Twitter.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *