TEKS SIDANG MEDIA KHAS PERTUBUHAN KINABALU PROGRESIF BERSATU (UPKO)

1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran rakan-rakan media pada Sidang Media Khas Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO pada tengahari ini. 2. Untuk makluman, setelah perbincangan dan rundingan dilakukan sesama ahli komponen Pakatan Harapan di peringkat pusat dan peringkat negeri, maka pada hari ini kita akan…

1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran rakan-rakan media pada Sidang Media Khas Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO pada tengahari ini.

2. Untuk makluman, setelah perbincangan dan rundingan dilakukan sesama ahli komponen Pakatan Harapan di peringkat pusat dan peringkat negeri, maka pada hari ini kita akan mengumumkan calon-calon dan kerusi di mana UPKO akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15. Namun sebelum itu, ingin saya nyatakan bahawa perbincangan ini telah melalui satu proses yang panjang dan akhirnya setelah mengambil kira semua aspek, maka inilah keputusan yang dicapai.

3. Sehubungan dengan itu, saya selaku Presiden UPKO, ingin memaklumkan bahawa UPKO akan bertanding di lima (5) buah kerusi pada PRU15.

4. Kita akan bertanding di Parlimen P174 Penampang, yang mana calon yang akan berdiri di sana ialah Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, merupakan Naib Presiden UPKO Pusat merangkap Ketua Bahagian UPKO Kota Belud.

5. Kita juga akan bertanding di Parlimen Kimanis P176 sebagai kerusi yang kedua, yang mana kita mencalonkan seorang Wanita dan juga orang muda berumur 40 tahun. Beliau adalah Puan Rowindy Lawrence yang juga merupakan Setiausaha Wanita UPKO Pusat dan Timbalan Ketua Penerangan UPKO.

6. Kerusi yang ketiga, UPKO akan bertanding di Parlimen 183 Beluran, yang mana calon kita di sana ialah Encik Felix Joseph Saang Ketua Pemuda UPKO Pusat yang juga merupakan Ketua Bahagian UPKO Beluran. Beliau yang berumur 48 tahun berpengalaman luas sebagai Ketua Pemuda UPKO, usahawan dan pernah memegang jawatan Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri MOSTI dari 2015 – 2018.

7. Kerusi yang keempat, kita juga akan bertanding di Parlimen P184 Libaran. Calon yang akan bertanding ialah Dr Peter Jr. Naintin Ketua Bahagian UPKO Libaran merangkap Timbalan Setiausaha Agung UPKO. Beliau berumur 44 tahun berpengalaman dalam bidang pembangunan bandar dan desa dan merupakan calon muka baharu yang dketengahkan UPKO kali ini

8. Dan akhir sekali iaitu kerusi yang kelima, UPKO juga diberi mandat untuk bertanding dan mempertahankan Kerusi Parlimen P170 Tuaran. Untuk itu, saya umumkan bahawa saya sendiri akan berdiri di kerusi untuk bertanding pada PRU ke 15.

9. Pilhan raya kali ini sudah pasti penentu kepada hala tuju negara kita selepas ini. Misi kita adalah untuk sama-sama bersama seluruh Parti Komponen dalam Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara kita daripada pelbagai krisis ke arah sebuah negara yang lebih makmur dan sejahtera untuk dinikmati rakyat berbilang kaum dan agama. Ini termasuklah krisis sosioekonomi rakyat, tadbir urus negara, dan tidak lupa menyelamtkan negara daripada penyelewengan, salah guna kuasa dan amalan rasuah.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Presiden UPKO Ahli Parlimen P.170 Tuaran 31 Oktober 2022

MALAYSIAN DAILY NEWS