Strategi kurangkan kebergantungan makanan import akan dilancar


Kerajaan sedang merangka strategi baru untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan mentah import, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Dia berkata beberapa projek perintis berkenaan perkara itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Antaranya projek pertanian melibatkan rantaian makanan yang bertujuan menjamin kelestarian petani tempatan, katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurut Rafizi, strategi itu melibatkan sejumlah kementerian, antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Kita sedang merangka strategi baru terutama melibatkan rantaian makanan. Ia agar lebih banyak sumber dalam negara dapat kita gunakan bagi menggantikan makanan import.

“Ini adalah penyelesaian mudah (quick win solution) dan insya-Allah ia akan diumumkan dari masa ke masa,” katanya.

[Berita lanjut menyusul]



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *