Skuad B-23 jalani latihan bersama Elavarasan mulai Ahad ini
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Penolong Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan E Elavarasan bakal mengendalikan kem latihan pusat pertama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sejak dilantik sebagai pengendali pasukan itu pada 1 Sept lepas. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan malam ini memaklumkan kem latihan skuad B-23 bermula 27 Nov…
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Penolong Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan E Elavarasan bakal mengendalikan kem latihan pusat pertama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sejak dilantik sebagai pengendali pasukan itu pada 1 Sept lepas.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan malam ini memaklumkan kem latihan skuad B-23 bermula 27 Nov sehingga 6 Dis depan ialah sebagai persiapan menghadapi beberapa pertandingan antarabangsa pada tahun hadapan.
“Skuad B-23 kebangsaan akan mengharungi beberapa pertandingan antarabangsa yang penting tahun hadapan seperti Kejuaraan AFF B-23, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024,” menurut kenyataan itu.
Justeru, Elavarasan telah menyenaraikan seramai 25 pemain untuk ke kem latihan pusat tersebut sementara lapan lagi pemain diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Berikut senarai penuh 25 pemain ke kem latihan pusat skuad B-23 negara:
Muhamad Syahir Bashah
Selangor FC
Ahmad Zikri Mohd Khalili
Selangor FC
Ahmad Danial Ahmad Asri
Selangor FC
Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri
Selangor FC 2
Muhammad Aliff Izwan Yuslan
Selangor FC 2
Muhammad Faiz Amer Runnizar
Selangor FC 2
Fakrul Fareez Aidi
Selangor FC B-21
Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi
SELANGOR FC B-19
Muhammad Hairiey Hakim Mamat
Terengganu FC
Muhammad Syafik Ismail
Terengganu FC
Muhammad Rahadiazli Rahalim
Terengganu FC
Muhammad Safwan Mazlan
Terengganu FC 2
Arif Shaqirin Suhaimi
Kuala Lumpur City FC
Nik Umar Nik Azizi @ Aziz
Kuala Lumpur City FC
Muhammad Nadzwin Mohd Salleh
Kuala Lumpur City FC B-21
Muhammad Syaqimi Rozi
Kelantan FC B-21
Muhaimin Izuddin Muhamad Asri
Kelantan FC B-21
Hasnul Zaim Zafri
Sri Pahang FC B-21
Ibrahim Manusi
Sri Pahang FC B-21
Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak
Azul Claro Numazu FC
Muhammad Aliff Najmi Shaaini
Kelantan United FC
Mohd Aiman Afif Md Afizul
T. Saravanan
Penang FC B-21
Negeri Sembilan FC
Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil
PDRM FC B-21
Sementara lapan pemain berikut pula diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai nama 25 pemain di atas.
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman
Selangor FC 2
Harith Haiqal Adam Afkar
Selangor FC 2
Selangor FC 2
Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim
Selangor FC 2
Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid
Terengganu FC 2
Muhammad Adam Nadzmi Zamri
Kelantan FC B-21
Suhaimi Abu
Kuala Lumpur City FC B-21
Ikuti kami di media sosial :Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradioTwitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradioInstagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficialTikTok : @bernamaofficial