Sabah catat 48 kes jangkitan baharu hari ini –


KOTA KINABALU, 30 April — Sabah mencatatkan jumlah jangkitan baharu sebanyak 48 kes hari ini iaitu tambahan dua kes berbanding semalam (46).

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, trend jangkitan di keseluruhan daerah di Sabah kekal sama, iaitu kes harian turun-naik dalam skala yang kecil.

Hari ini Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes baharu dua angka dengan 12 kes, manakala semua daerah lain mencatatkan kes satu angka termasuk 12 daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Bagaimanapun, statistik jangkitan peratusan sporadik masih tinggi iaitu hampir naik 65% daripada semua kes yang dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 44 orang daripada 48 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala 4 kes lagi dalam Kategori 4. Tidak ada kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dilaporkan hari ini.

Sementara itu, oang ramai disarankan untuk kekal mengamalkan penggunaan pelitup muka meskipun akan diberi kelonggaran bermula 1 Mei depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.