Sabah catat 46 kes jangkitan baharu –


KOTA KINABALU, 29 April — Sabah melaporkan sebanyak 46 kes jangkitan baharu Covid-19 iaitu meningkat sebanyak 10 kes hari ini berbanding semalam (36).

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, buat pertama kalinya sejak beberapa bulan, tidak ada daerah di Sabah yang mencatatkan jangkitan baharu dua angka.

Buktinya, jumlah kes baharu tertinggi mengikut daerah hanyalah sebanyak sembilan (9) kes iaitu di daerah Penampang dan diikuti oleh Kota Kinabalu dengan lapan (8) kes.

Sementara itu, sebanyak 12 daerah merekodkan angka sifar kes jangkitan baharu, manakala 10 daerah kekal dengan angka jangkitan yang sama sebagaimana laporan semalam.

Dalam jumlah kes hari ini, seramai 45 orang pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu (1) dalam Kategori 3, dan tidak ada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published.