Rozman Isli Minta Pengundi Muda Guna Hak Keistimewaan Mengundi


ROZMAN ISLI

LABUAN: Ketua bahagian Parti Warisan (Warisan) Labuan Datuk Rozman Isli meminta pengundi muda menggunakan keistimewaan hak mengundi secara automatik dengan turun mengundi beramai-ramai pada tarikh pembuangan undi 15 November depan.

Katanya mungkin ianya satu kejutan budaya kepada remaja yang baru mencapai 18 tahun untuk bersama warga dewasa untuk mengundi.

“Namun kita percaya remaja sekarang bukan seperti remaja tahun 1990an, remaja kini celik perkembangan teknologi dan sudah semestinya kita yakin mereka ini bijak membuat penilaian dalam proses pengundian,” katanya hari ini.

Rozman yang bakal mempertahankan kerusi Parlimen Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini juga merupakan ahli majlis tertinggi Warisan.

Katanya pengundi muda harus diberi peluang untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka sendiri dan bukan ‘diracuni’ dengan dakyah atau propaganda yang boleh mengelirukan mereka.

“Warisan adalah parti yang mahukan kebajikan dan hak rakyat diambil peduli.

“Barisan kepimpinan Warisan mahu melihat ramai pelapis dari golongan muda mewarisi kepimpinan negara.

“Oleh yang demikian, pengundi muda harus bersama pengundi dewasa membuat penilaian dalam pembentukan kerajaan selepas 15 November ini,” katanya.

Rozman berkata ramai warga muda yang berlatar-belakang pendidikan menyerlah dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *