Remaja berdepan detik cemas, tangan tersepit dalam mesin pengisar. Kejadian di Lahad Datu


Seorang remaja perempuan mengalami kecederaan selepas tangannya tersepit di dalam mesin pengisar ikan di sebuah kedai makan, di sini semalam.

Menurut Utusan Borneo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.17 petang.

Katanya, susulan itu, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati tangan remaja berumur 17 tahun itu telah masuk dan tersepit di dalam mesin pengisar ikan.

“Pasukan bomba bertindak membawa mangsa ke Hospital Lahad Datu dalam keadaan tangan masih tersepit pada mesin berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital menghubungi semula pasukan bomba kerana tangan mangsa tidak dapat dikeluarkan.

“Pasukan bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan tangan remaja tersebut sebelum mangsa menerima rawatan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.