Anggota parlimen Jelutong RSN Rayer menuntut penjelasan polis dan menteri dalam negeri berkaitan siasatan terhadap pembantu rakan sejawatnya dari Bentong, Noor Suhana Ishak.
Wakil rakyat lantang DAP itu mempersoalkan apa kesalahan pembantu Young Syefura Othman yang mengaitkan pemuda Umno dengan kekacauan terhadap ceramah Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tahun lepas.
“Apakah yang begitu menyinggung perasaan mengenai tweet Saudari Noor Suhana Ishak?” soalnya.