PM harap Pesta Ponggal pupuk perpaduan dalam Keluarga Malaysia


KUALA LUMPUR, 13 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan harapan agar Pesta Ponggal yang diraikan bermula esok dapat memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Beliau turut berharap perayaan yang akan disambut sehingga Isnin depan itu memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada semua Keluarga Malaysia yang meraikan,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook malam ini. 

Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.  

Katanya pepatah ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ yang membawa erti ‘permulaan Thai membuka peluang baharu’ sering diucap berkait dengan perayaan Ponggal. 

— BERNAMA



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *