KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Perak hanya selangkah lagi memburu kejuaraan hatrik pada kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak 2022 selepas menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Pada saingan separuh akhir, anak buah S. Jagatheesan membuka tirai jaringan menerusi pukulan penalti Syed Mohammad Syafiq Syed Cholan pada minit keenam.
Bagaimanapun, Melaka menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Muhammad Nur Asyraf Ishak pada minit ke-32.
Saiful Sharil Saiful Bahri menoktahkan kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada suku terakhir perlawanan.
Juara bertahan edisi lepas itu pernah merangkul kejuaraan sebanyak 11 kali iaitu pada edisi 1966, 1973, 1985, 1987, 1992, 2013, 2014, 2017, 2018 dan 2020.
Perak bakal membuat perhitungan juara dengan Pahang yang mengecewakan Johor 2-1.
Sementara itu, skuad hoki wanita Melaka bakal membuat perhitungan dengan Selangor pada aksi final. Terdahulu, Melaka menewaskan Pulau Pinang 4-1 manakala Selangor menundukkan Pahang 2-1.
— BERNAMA
Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial