‘Penjelasan Hadi buktikan pemimpin PAS lain tak tahu apa-apa’


Penjelasan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkaitan ‘tawaran’ untuk menyertai kerajaan menunjukkan pemimpin PAS lain tidak tahu apa-apa, kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang.

“Saya mengucapkan tahniah kepada presiden PAS, Hadi, kerana tidak mengalami kekurangan intelektual dengan salah menganggap cadangan peribadi saya–bahawa PAS patut bergabung dengan kerajaan perpaduan Anwar (Ibrahim)–sebagai jemputan rasmi DAP atau kerajaan.

“Tetapi ia juga menunjukkan bahawa semua pemimpin PAS yang lain, termasuk mursyidul am, timbalan presiden, dan ketua penerangan, tidak tahu apa yang diucapkan oleh presiden mereka,” katanya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *