NGO kesal pengusaha ladang hutan diberi pinjaman RM1.4 bilion


Enam NGO berkaitan alam sekitar hari ini meluahkan rasa kesal mereka terhadap kelulusan pinjaman mudah lebih RM1.4 bilion untuk membantu pengusaha industri ladang hutan bermula dari 2007 hingga 2025.

Mengulas kenyataan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) mengenai pinjaman tersebut, semua NGO berkenaan mempersoalkan sama ada ketetapan Majlis Tanah Negara tahun lalu dipatuhi sebelum MTIB meluluskan peruntukan tersebut atau sebaliknya.

Ketetapan itu pada dasarnya dipersetujui secara prinsip pelaksanaan moratorium kelulusan bagi penubuhan ladang hutan dalam hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia.

Kumpulan NGO itu terdiri daripada Sahabat Alam Malaysia (SAM), Greenpeace Malaysia, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Rumput), Persatuan Penggerak Bumi Hijau Malaysia (Bumi Hijau) dan Persatuan Sahabat Ekologi Perak (Ekologi).

Penasihat Kuasa, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata penyediaan peruntukan pinjaman kepada pengusaha industri ladang hutan yang menanam spesies-spesies tertentu seperti buloh dan panlownia adalah tidak mematuhi garis panduan penubuhan ladang hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

“Kami berpendirian, dasar yang menggalakkan pembangunan ladang hutan (ladang monokultur) dalam hutan simpan kekal perlu diperhalusi semula dan sebaiknya tidak digalakkan dilaksana dalam hutan simpan kekal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *