MOSTI lancar program prapemecut MYStartup untuk merangsang pemula niaga


KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Sejumlah 36 pemula niaga peringkat awal yang berkualiti tinggi telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam program prapemecut “MYStartup” yang baru-baru ini telah dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

MOSTI dalam satu kenyataan bersama dengan agensi pelaksananya, Cradle Fund Sdn Bhd berkata program itu bertujuan memberi inspirasi kepada pemula niaga peringkat awal sambil menawarkan bimbingan serta pedoman dalam membuat strategi perniagaan, akses ke pasaran dan pembiayaan.

Peserta dalam program ini akan menjalani proses pemilihan empat peringkat yang ketat sebelum mendapatkan manfaat seperti peluang rangkaian dengan pemain industri utama, pelabur berpotensi dan pakar perniagaan.

Mereka juga akan mendapat faedah daripada mentor keseluruhan tema program yang merangkumi bimbingan kepakaran, sesi mentor, kajian pertengahan penggal termasuk laluan kepada kursus pembelajaran atas permintaan yang dapat diakses oleh para peserta.

“Bagaimanapun, faedah sebenar yang menunggu pemula niaga yang mengambil bahagian berada di penghujung program.

“Finalis yang berjaya dalam Hari Demo berpeluang menerima pembiayaan dalam bentuk geran daripada Cradle di bawah program pembiayaan CIP SPARK yang bernilai sehingga RM150,000,” katanya.

Ini adalah tambahan kepada peluang pelaburan dan pecutan sehingga RM50,000 sebagai ekstra kepada tawaran menyertai program pemecut BEYOND4.

Ekosistem BEYOND4 terdiri daripada lima pemecut pelbagai peringkat digital, yang direka bagi semua bakat, dari universiti sehingga kepada pemupukan dan pelaburan dalam pengasas pemula niaga.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MYStartup, syarikat pemula niaga serta pemain ekosistem digalakkan melayari www.mystartup.gov.my.

— BERNAMA

 

 



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.