MENTERI MALDIVES, INDIA, SRI LANKA UTUS UCAPAN TAHNIAH KEPADA MALAYSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN


NEW DELHI, 31 Ogos (Bernama) — Menteri luar India, Maldives dan Sri Lanka adalah antara pegawai kanan dari negara di Asia Selatan itu yang mengutus ucapan tahniah kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-66. 

“Kami mendoakan kebahagiaan, keamanan berterusan dan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia yang mesra. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66!” kata Menteri Luar Maldives Abdulla Shahid dalam catatan di laman media sosial X.

Abdulla juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perutusan yang sama diterima daripada Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar dan Menteri Luar Sri Lanka Ali Sabry kepada rakan sejawatan mereka dari Malaysia.

Jaishankar berkata beliau akan bekerjasama rapat dengan Zambry untuk mengukuhkan lagi “Perkongsian Strategik yang Dipertingkatkan” antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar Pakistan dalam perutusannya berkata: “Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan dan rakyatnya.”

 

 

 



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *