LIMA INDIVIDU DIREMAN BANTU SIASATAN KES PERDAYA KERAJAAN SABAH ELAK BAYAR ROYALTI EMAS


SHAH ALAM, 23 Mei (Bernama) — Lima individu direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes berkaitan memperdaya Kerajaan Sabah bagi mengelak pembayaran royalti penjualan emas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sasha Diana Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek-suspek yang terdiri daripada pengarah dan pengurus akaun sebuah syarikat emas serta tukang emas berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor di sini, semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, kesemua mereka disyaki terlibat dalam pembelian emas ratusan kilogram bernilai jutaan ringgit dan telah mengemukakan penyata jual beli emas yang mengandungi butiran palsu bagi mengelak daripada membayar royalti sebenar kepada Kerajaan Sabah.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *