Lelaki Selenggara Lif Cedera Jatuh Dari Tingkat Enam


KOTA KINABALU: Seorang pekerja  penyelenggaraan cedera selepas terjatuh dari tingkat enam sehingga  ke tingkat bawah tanah ketika melakukan kerja menyelenggara lif di bangunan yang sedang dalam  pembinaan di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.28 tengah hari.

11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, dikejarkan  ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer dari balai.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki yang dalam proses menyelenggara lif dalam kawasan pembinaan dan terjatuh dari tingkat enam ke tingkat bawah tanah,” katanya.

Mangsa, Nasir Sammah, 55, cedera di kaki dan diberikan rawatan awal oleh

pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Mangsa dibawa naik ke atas menggunakan sistem takal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan jam 1.15 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *