Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Labuan





LABUAN: Seorang lelaki berusia 26 tahun maut  akibat terkena renjatan elektrik berhampiran sebuah jambatan kayu di perkampungan setinggan atas air Saguking di sini lewat malam tadi (12 Jan).

Lelaki itu, seorang penduduk tetap Malaysia, ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang penduduk kampung yang lalu di jambatan itu dan terus memaklumkan kepada polis.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.

“Kami menerima laporan pada 2.56 pagi mengenai penemuan mayat itu. Apabila diperiksa, kami menemui satu kebakaran semak telah berlaku berhampiran tempat kejadian dan lelaki itu telah disahkan terkena renjatan elektrik selepas satu post mortem dilakukan ke atasnya,” katanya kepada Bernama.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *