Lee Jian Yu wakil Malaysia ke ACP World Championship 2022 di Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Lee Jian Yu dari Equator College yang dinobatkan sebagai juara ‘Adobe Certified Professional (ACP) Championship Malaysia 2022 Grand Finale’ baru-baru ini akan mewakili Malaysia ke ACP World Championship 2022 di Amerika Syarikat Julai ini. Pengarah Eksekutif Acestar Sdn Bhd Natalie Sit berkata pemenang pertandingan itu (Lee) akan…
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Lee Jian Yu dari Equator College yang dinobatkan sebagai juara ‘Adobe Certified Professional (ACP) Championship Malaysia 2022 Grand Finale’ baru-baru ini akan mewakili Malaysia ke ACP World Championship 2022 di Amerika Syarikat Julai ini.
Pengarah Eksekutif Acestar Sdn Bhd Natalie Sit berkata pemenang pertandingan itu (Lee) akan ditaja penuh oleh syarikat tersebut untuk bertanding di Amerika Syarikat.
Beliau berkata syarikat itu merupakan rakan platinum Adobe, syarikat perisian gergasi telah menganjurkan pertandingan ACP yang menggalakkan peserta dari bidang Arts & Design untuk menunjukkan kemampuan dan kepakaran masing-masing dalam bidang ini dengan lebih meluas menggunakan perisian Adobe.
“Semasa pertandingan Grand Finale ini berlangsung, peserta 30 orang terbaik tidak diberikan akses internet dan dibekalkan komputer bersama perisian aplikasi Adobe sahaja serta hanya diberikan masa selama lapan jam untuk menyiapkan reka bentuk mereka.
“Peserta perlu menggunakan sepenuhnya kemahiran dan idea yang ada untuk memastikan reka bentuk yang direka adalah terbaik dan memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan oleh garis panduan ACP,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.
Selain Lee yang merangkul kejuaraan ACP, sembilan pemenang ACP Championship Malaysia 2022 lain adalah Naib Juara – Carrie Teoh Jin Yi, Sunway University; ketiga – Loh Yi Cheng, PIA College; keempat – Muhammad Azeem Kamaruddin, Politeknik Muadzam Shah dan kelima – Lee Sin Yin dari Asia Pacific University of Technology and Innovation.
Pemenang keenam pula disandang Emalin Nuha Nadzri Mohd Nadzri, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor; ketujuh – Law Khor Nee, Universiti Tunku Abdul Rahman; kelapan – Maria Kristina Thomas, Multimedia University (MMU); kesembilan – Muhammad Rahimi Mohammad Rafie, UiTM Puncak Alam dan ke-10 – Gan Zhi Dong dari Sunway University.
ACP Championship Malaysia 2022 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Ikuti kami di media sosial :Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradioTwitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradioInstagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficialTikTok : @bernamaofficial