Lebih 17 juta populasi negara lengkap divaksin


KUALA LUMPUR, 15 Sept — Sebanyak 54.1 peratus atau 17,653,079 individu daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66.3 peratus atau 21,649,228 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 243,971 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 14 Sept, sebanyak 104 kematian sebenar harian COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, dengan 359 kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 21,587 kes.

— BERNAMA



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *