Khaled Nordin letak jawatan pengerusi Boustead Holding esok
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad, esok.Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan penarikan sokongan Umno terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.“Saya memang akan letak jawatan esok, esok (juga) saya hantar surat peletakan jawatan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.Semalam Menteri Tenaga dan Sumber Asli…
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad, esok.
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan penarikan sokongan Umno terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
“Saya memang akan letak jawatan esok, esok (juga) saya hantar surat peletakan jawatan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Semalam Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan susulan pendirian Umno, yang ditegaskan melalui pengumuman Presiden Zahid Hamidi.
Muhyiddin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini membuat pengumuman khas masih mempunyai sokongan majoriti dan bersedia mengujinya di parlimen, September ini.
Source link