Kemudahan Internet Di Kampung Gana Dipertingkat Melalui JENDELA


Oleh SURAIDAH ROSLAN
PAPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim akan mengambil tindakan susulan secara berterusan bagi memastikan usaha mempertingkatkan kemudahan jalur lebar di kawasan itu dapat dipercepatkan.

Beliau mengambil maklum mengenai kisah tiga beradik yang terpaksa mendaki bukit bagi mendapatkan liputan internet di Kampung Gana bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

JUIL 

Juil berkata, di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memperluaskan liputan 4G dan meningkatkan kemudahan jalur lebar di Sabah, kawasan Limbahau turut tersenarai dalam pelan yang akan dilaksanakan bermula tahun ini.

Sebelum ini, Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan memaklumkan untuk DUN Limbahau, tiga lokasi telah dikenal pasti iaitu Kampung Gana, Tanaki dan Mandalipau.

Untuk itu, Juil akan memastikan pelaksanaan JENDELA itu dapat dilaksana segera demi kemudahan penduduk di kawasan DUN Limbahau.

“Saya agak sedih melihat keadaan dimana tiga beradik terpaksa mendaki bukit untuk mendapatkan liputan internet.

“Walaupun sudah 2021, sedih apabila melihat masih ada tempat yang kekurangan infrastruktur dari pelbagai segi. Dalam masa yang sama saya juga terharu melihat kesungguhan tiga beradik ini untuk mengikut PdPR,” katanya mengulas mengenai laporan akhbar mengenai tiga beradik yang mendaki bukit untuk mendapatkan liputan interneti di Kampung Gana.

Juil juga melahirkan rasa terharu atas kesungguhan dan usaha Joshua, Jordon, Joshean Emmanuel Jeffrey untuk menimba ilmu.

“Kepada ibu bapa tiga pelajar ini, saya mengucapkan terima kasih atas usaha anda untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak,” ujarnya.

Dibawah JENDELA yang diumumkan Perdana Menteri pada 29 Ogos 2020, kerajaan akan membina 41 menara telekomunikasi baharu di Sabah serta menaik taraf 924 stesyen pangkalan yang ada menerusi program penyediaan perkhidmatan sejagat (USP) kepada 4G.

Dalam masa sama, 35 menara baharu dan 1,048 stesyen pangkalan di menara sedia ada juga dipertingkatkan secara komersil oleh penyedia perkhidmatan untuk meningkatkan liputan 4G di negeri ini.

BERITA BERKAITAN :-

‘Pelajar Mendaki Bukit Untuk Akses Internet’ – Guru SK Gana

Tiga Beradik Mendaki Bukit Untuk Ikuti Sesi PdPR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *