Kedai runcit, pasar raya boleh jual semua barangan di premis


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menegaskan kedai runcit dan pasar raya boleh menjual semua barangan di premis, tanpa perlu menutup bahagian yang dikira sebagai tidak penting.

Kenyataan itu selepas beberapa kedai menutup bahagian dalam premis mereka ekoran peraturan yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini.

Antara bahagian yang ditutup adalah alat tulis. Ia menyebabkan ada pihak menyuarakan kritikan memandangkan pelajar masih memerlukan peralatan pembelajaran pada masa ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini telah membatalkan larangan yang dibuat KPDNHEP.

Bagaimanapun masih ada kedai yang mematuhi larangan itu kerana bimbang dikenakan denda.

“MKN sebelum ini telah memutuskan semua jenis barang dagangan di kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya serta pasar mini boleh dijual kepada pelanggan sepanjang

tempoh Pelan Pemulihan Negara ketika ini.

“Ini berikutan terdapat kekeliruan dalam kalangan pemilik premis yang menutup sebahagian seksyen barangan di premis perniagaan mereka dan tidak dijual kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[Berita lanjut menyusul]



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *