Jantzen rakan penaja baharu KL City FC musim 2023
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kuala Lumpur City FC (KL City FC) menjalin kerjasama dengan syarikat air minuman dan mineral tempatan, Jantzen Marketing Sdn Bhd, sebagai rakan hidrasi rasmi pasukan utama Liga Super dan skuad Liga Simpanan bawah 23 tahun, Piala MFL, musim 2023. KL City FC, dalam kenyataan, memaklumkan…
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Kuala Lumpur City FC (KL City FC) menjalin kerjasama dengan syarikat air minuman dan mineral tempatan, Jantzen Marketing Sdn Bhd, sebagai rakan hidrasi rasmi pasukan utama Liga Super dan skuad Liga Simpanan bawah 23 tahun, Piala MFL, musim 2023.
KL City FC, dalam kenyataan, memaklumkan matlmat adalah untuk memastikan pemain kekal hidrat semasa latihan dan hari perlawanan sepanjang musim ini.
Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di sini hari ini antara Ketua Pegawai Eksekutif Jantzen, Calvin Yee Jong Hoe dengan Pengarah Rinani Group Berhad dan KL City FC, Azri Azerai dan disaksikan oleh Pengarah Urusan KL City FC, Stanley Bernard.
“Kerjasama ini bertujuan mengetengahkan kepentingan sumber air bersih menerusi program sukan, pendidikan dan program kesedaran kepada hampir dua bilion penduduk dunia yang tidak mempunyai akses kepada air bersih bagi tujuan minuman, memasak dan pembersihan,” menurut kenyataan itu.
Bernard berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat menjalin kerjsama dengan sebuah syarikat yang inovatif dan berfikiran ke hadapan.
Ikuti kami di media sosial :Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradioTwitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradioInstagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficialTikTok : @bernamaofficial