INSIDEN KEPALA AIR DI MALAYSIA SEJAK 2021


KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Berikut adalah insiden kepala air yang berlaku di Malaysia sejak 2021 hingga Julai 2023.

 

18 Ogos 2021: Enam maut manakala 800 rumah di sekitar Yan dan 200 rumah di Tupah, Kuala Muda, Kedah terjejas akibat kejadian kepala air di kawasan Gunung Jerai berpunca daripada hujan lebat.

 

16 Mei 2022: Seramai 80 pengunjung diselamatkan dalam insiden kepala air di Air Terjun Lama Tiga Budaya, Asahan, Melaka.

 

4 Julai 2022: Insiden kepala air dan banjir di Baling, Kedah mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang ibu hamil berusia 23 tahun. Mereka yang terkorban dikenali sebagai :

   

  • Salmah Mat Akib, 53.
  • Nurul Anis Abu Hassan, 23.
  • Khairul Ikhwan Nor Azman, 14.

4 Nov 2022: Kejadian kepala air di Lata Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu, sembilan pelajar Universiti Teknologi Mara Dungun diselamatkan.

 

28 Nov 2022: Kejadian kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali, Selangor, 10 sekeluarga berjaya diselamatkan.

 

12 Feb 2023: Kejadian kepala air di Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang menyebabkan 15 premis perniagaan dan lima rumah rosak.

 

21 Jun 2023: Kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor, dua wanita warga China terkorban dengan identiti tidak dikenal pasti.

 

1 Julai 2023: Kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, 10 mangsa terlibat dengan sembilan daripadanya adalah sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dan seorang lelaki dari Batu Pahat, Johor. Mereka yang terkorban dikenali sebagai : 

  • Azizah Eiyi, 40, ditemukan pada 12.45 tengah hari, 2 Julai.
  • Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, ditemukan pada 5 petang, 2 Julai.
  • Empat mayat ditemukan 3 Julai iaitu Karim Abdullah, 39, Putri Aryana Umaira Karim, 4, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10.

Operasi mengesan baki empat lagi mangsa iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, diteruskan.

— BERNAMA

 

 


 



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *