Enam lelaki ditahan, 60,000 liter petrol dirampas –


LAHAD DATU, 13 April – Enam lelaki termasuk seorang warga Filipina ditahan bersama 60,000 liter petrol bernilai RM123,000 turut dirampas dalam operasi Cegah Pati (OCP) oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bangkarat, Tungku, di sini, pada jam 11.30 pagi, kelmarin.

Difahamkan, semua suspek berusia 23 hingga 54 tahun tersebut ditahan bersama tiga lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana dipercayai cuba menyeludup minyak petrol.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, hasil siasatan mendapati suspek gagal mengemukakan permit sah untuk mengendalikan minyak berkenaan.

Katanya, hasil rampasan termasuk tiga gulung hos minyak, satu gulung tali kapal dan lapan gelen tong minyak diesel.

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan iaitu minyak petrol dan kenderaan bernilai RM657,144.

“Semua suspek terbabit ditahan di Balai Polis Tungku dan akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama barang rampasan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika ditanya pemberita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.