KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — DRB-Hicom Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022, mencatatkan keuntungan bersih RM143.95 juta berbanding kerugian bersih RM179.44 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Hasil bagi tempoh dalam tinjauan melonjak 114.2 peratus kepada RM4.54 bilion daripada RM2.1 bilion sebelumnya.
“Perolehan yang lebih tinggi itu disumbangkan terutamanya oleh jualan yang lebih tinggi daripada Proton serta hasil yang lebih tinggi daripada syarikat pembuatan dan kejuruteraan dan pengedaran automotif,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengenai industri, DRB-Hicom berkata industri automotif kekal di landasan untuk mencapai unjuran jumlah volum industri (TIV) 2022 sebanyak 630,000 unit.
Jualan kenderaan meningkat lebih 60 peratus kepada 516,798 unit dalam sembilan bulan pertama 2022 manakala Proton melebihi pencapaian jualan 100,000 unit, menjual 102,353 unit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept 2022 daripada 73,017 unit dalam tempoh yang sama.
“Selain itu, pertumbuhan memberangsangkan dalam jumlah jualan ini memacu prestasi yang lebih baik bagi syarikat pembuatan dan kejuruteraan dalam kumpulan kerana mereka membentuk sebahagian daripada rantaian bekalan Proton,” katanya.
Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial