DIKEHENDAKI POLIS, 12 INDIVIDU DICARI BAGI MEMBANTU SIASATAN.


KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah mencari 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah komersial yang berlaku di negeri ini.

Semua individu berusia 29 hingga 64 tahun itu dipercayai terbabit dalam 10 kes penipuan dan dua kes jenayah pecah amanah jenayah (CBT) sejak empat tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah, Superintendan G Moses Govindarajoo berkata, semua kes berkenaan berlaku sekitar tahun 2016, 2018 dan 2020.

Katanya, ia membabitkan penipuan tuntutan invois palsu, jual beli telefon bimbit, jual beli rumah, projek tidak wujud, jual beli pelitup muka, pelaburan dan jual beli tanah serta CBT.

“Kes jenayah komersial ini membabitkan kerugian sebanyak RM695,000 dan RM243,000 manakala tipu jual beli tanah pula sebanyak RM337,000.

“Ada juga yang mengalami kerugian kecil iaitu sebanyak RM400 membabitkan jual beli pelitup muka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Moses berkata, semua 12 individu ini diperlukan bagi membantu siasatan kes terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh tampil menyalurkan maklumat. – ASIA TIMES

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *