Datuk bandar ditahan kes bangunan runtuh


Polis Turki menahan seorang datuk bandar daerah Nuragi di Gaziantep untuk membantu siasatan kes bangunan runtuh di kawasan yang dilanda gempa bumi.

Datuk Bandar Okkes Kavak juga merupakan kontraktor untuk dua bangunan di daerah itu yang runtuh akibat gempa bumi, lapor Agensi Anadolu.

Dia dibawa ke mahkamah dan kini ditahan reman.

Menurut angka rasmi terkini, lebih 44,218 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye pada 6 Feb lalu.

Ramai kontraktor telah ditahan bagai membantu siasatan susulan ribuan bangunan runtuh dalam gempa itu.

-Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *