Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Sabah merekodkan 52 kes positif baharu COVID-19 hari ini pertambahan 9 kes berbanding 43 kes semalam.
Masidi berkata kecuali daerah Kota Kinabalu, kes jangkitan COVID-19 di daerah lain adalah rendah dan terkawal.
“Malah 7 daerah merekodkan penurunan kes baharu berbanding 6 daerah yang mencatatkan pertambahan jumlah kes.
Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah berkata 16 daerah tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
5 daerah mencatatkan hanya satu kes jangkitan, Tenom merekodkan 2 kes, Penampang 3 kes, Papar 3 kes dan Kuala Penyu juga 3 kes.
Manakala Tuaran melaporkan 4 kes, sama dengan jumlah kelmarin.
Masidi berkata 50 daripada 52 kes hari ini bersamaan 96.15 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
1 kes dalam kategori 3 (jangkitan atau
radang paru-paru tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen), tiada kes dalam kategori 4 (jangkitan atau radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), manakala 1 kes dalam kategori 5 (pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan).