COVID-19: Kes Harian Baharu Mula Meningkat Sepanjang Minggu Raya


Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 7 Mei hingga pukul 12:00tgh 13 Mei 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.47 juta kes. Di peringkat global, lebih 519 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.2 juta kes. Lebih 474 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 226 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) — Kes harian baharu COVID-19 dalam negara kembali meningkat dengan sebanyak 3,410 kes dilaporkan semalam (12 Mei) setelah berada pada paras bawah 1,500 kes selama kira-kira seminggu sebelum ini.

Trend meningkat dikesan bermula pada 4 Mei dengan sebanyak 1,054 kes dan sehari sebelum itu (3 Mei), negara mencatat kes terendah untuk tahun 2022 iaitu sebanyak 922 kes.

Berdasarkan data harian COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikumpul sepanjang tempoh enam hari Rangkuman Mingguan Bernama (7 Mei hingga 12 Mei 2022), sebanyak 15,107 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan berbanding 8,216 kes harian baharu untuk tempoh yang sama, 30 April hingga 5 Mei 2022.

Dengan 3,410 kes harian baharu, kes kumulatif meningkat kepada 4,470,471. Jumlah kes aktif turut meningkat kepada sebanyak 26,826.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (7 Mei hingga 12 Mei 2022):-

7 Mei (1,372), 8 Mei (2,153), 9 Mei (2,246), 10 Mei (2,605), 11 Mei (3,321) dan 12 Mei (3,410).

Dengan sebanyak 4,470,471 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,006,460) dan Mexico (5,745,652).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Amerika Syarikat mencatat kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 85,813 kes dengan 221 kematian, diikuti Jerman 82,652 kes (179 kematian) dan Australia 57,314 kes (55 kematian).

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi melebihi sejuta kes, iaitu sebanyak 1,026,108 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 12 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 25,414 kes (94.7 peratus) dikuarantin di rumah daripada 26,826 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 33 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,328 kes (5.0 peratus) di hospital; 17 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 34 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Sebanyak 1,430 kes sembuh dilaporkan pada 12 Mei dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,408,043 kes.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini menunjukkan peningkatan setelah mencatat paras terendah 0.52 pada 6 Mei 2022 dan mula melepasi paras 1.00 pada 11 Mei 2022. Keseluruhan data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:- 

7 Mei (0.54), 8 Mei (0.64), 9 Mei (0.75), 10 Mei (0.90), 11 Mei (1.05) dan 12 Mei (1.14).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 12 Mei 2022 ialah WP Putrajaya (1.09), Melaka (0.94) dan Kelantan (0.92).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Kes sembuh:-

7 Mei (3,610), 8 Mei (2,869), 9 Mei (2,433), 10 Mei (2,014), 11 Mei (1,416) dan 12 Mei (1,430).

* kes kumulatif sembuh sehingga 12 Mei 2022 sebanyak 4,408,043.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

7 Mei (23,276), 8 Mei (22,556), 9 Mei (22,368), 10 Mei (22,953), 11 Mei (24,850) dan 12 Mei (26,826).

 

Perincian kes harian baharu (3,410 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 12 Mei 2022

* (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka – Johor 124 (+2), Melaka 136 (+0), Negeri Sembilan 195 (+0), Perak 199 (+0), Pulau Pinang 192 (+0), Selangor 1,691 (+0) dan WP Kuala Lumpur  454 (+1).

K​​​​es harian baharu dua angka – Kedah 83(+0), Kelantan 32 (+0), Pahang 57 (+0), Perlis 9 (+1) , Sabah 57 (+0), Sarawak 54 (+0), Terengganu 33 (+1), WP Labuan 10 (+0) dan WP Putrajaya 79 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

7 Mei   – Kes baharu: 1,372 kes ; Kes kumulatif : 4,456,736 kes; Kes import: 5 kes.

8 Mei   – Kes baharu: 2,153 kes ; Kes kumulatif : 4,458,889 kes; Kes import: 2 kes.

9 Mei   – Kes baharu: 2,246 kes ; Kes kumulatif : 4,461,135 kes; Kes import: 5 kes.

10 Mei – Kes baharu: 2,605 kes;  Kes kumulatif : 4,463,740 kes; Kes import: 4 kes.

11 Mei – Kes baharu: 3,321 kes ; Kes kumulatif : 4,467,061 kes ; Kes import: 10 kes.

12 Mei – Kes baharu: 3,410 kes ; Kes kumulatif : 4,470,471 kes ; Kes import: 5 kes.

 

Sementara itu, masih terdapat sebanyak 61 kluster aktif dalam negara setakat 12 Mei 2022 dan secara keseluruhan, sebanyak 7,011 kluster dikesan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya satu (1) kluster baharu dikesan iaitu pada 11 Mei 2022, melibatkan kluster pusat tahanan dikesan di Serian, Sarawak dan dengan 14 kes positif COVID-19 dikesan setakat 11 Mei. 

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

7 Mei   – Tiada kluster

8 Mei   – Tiada kluster

9 Mei   – Tiada Kluster

10 Mei – Tiada kluster

11 Mei – Tiada Kluster

12 Mei 1 (pusat tahanan – Serian, Sarawak)

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

7 Mei  – 3 (BID 0), 8 Mei – 4 (BID 3 ), 9 Mei – 1 (BID 0 ), 10 Mei – 6 (BID 3 ), 11 Mei – 8 (BID 3), dan 12 Mei – 4 (BID 0) .

*Jumlah kes kematian sehingga 12 Mei  2022, sebanyak 35,602 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 519,737,077 (Rangkuman Mingguan lalu  516,447,605 kes) dengan 6,284,597 kematian (Minggu lalu 6,274,493 kematia). Kes pesakit sembuh sebanyak 474,518,239 berbanding 471,124,276 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 226 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 84,066,362 (+85,813);

India 43,116,600 (+3,187);

Brazil 30,639,130 (+21,344);

Perancis 29,097,570 (+36,047);

Jerman 25,665,910 (+82,652);

United Kingdom 22,159,615 (+14,458);

Rusia 18,245,394 (+4,065);

Korea Selatan 17,694,677 (+35,883).

Itali 16,954,784 (+39,317)

Turki 15,050,227 (+1,778).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 125 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 -10,690,471 (+3,949);

Indonesia di tangga 19 – 6,049,876 (+335);

Malaysia di tangga 23 – 4,470,471 (+3,410);

Thailand di tangga 24 – 4,353,237 (+8,109);

Filipina di tangga 32 – 3,687,567 (+139); 

Singapura di tangga 51 – 1,232,559 (+3,645);

Myanmar di tangga 78 – 613,088 (+6);

Laos di tangga 110 – 209,243 (+94);

Brunei di tangga 121 – 143,866 (+12): dan

Kampuchea di tangga 123 – 136,262 (+tiada maklumat).

 

————————————————————————-

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

– Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

– Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

– 1 April 2022 – Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy”  untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

– 1 Mei 2022 – beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

 

 BERNAMA  

 

 

 

 

 

 


 



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.