JOHOR BAHRU, 22 Jan — Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, petang ini.
Hasni berkata beliau akan menghadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 5 petang ini.
“Saya telah mendapat persetujuan daripada Ketua-ketua Bahagian (UMNO) untuk (diadakan) Pilihan Raya Negeri Johor.
“Saya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Kota Iskandar sekejap lagi sebelum menghadap Tuanku,” katanya ringkas kepada pemberita di sini hari ini.
Hasni dijangka membuat sidang media pada 6 petang ini.
— BERNAMA
Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial