Buaya 500kg tumpas di tangan nelayan Bagan Ajam


BUTTERWORTH, 17 Sept — Sekumpulan nelayan berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat 500 kilogram dengan menggunakan pukat di kawasan Jeti Nelayan Bagan Ajam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor yang mengesahkan kejadian berkata berdasarkan maklumat di terima, sekumpulan pemancing di Jeti Nelayan Bagan Ajam telah ternampak kelibat seekor buaya timbul di permukaan air pada 6.45 petang tadi.

“Mereka memaklumkan kepada beberapa nelayan yang turut sedar dengan kehadiran buaya tersebut telah pergi ke lokasi dengan menaiki bot dan menahan buaya tersebut dengan menggunakan pukat.

Setelah lebih kurang sejam buaya tersebut telah berjaya ditangkap dan dibawa naik ke pantai berhampiran deretan kedai makan di Kampung Contoh, pihak polis yang dimaklumkan berhubung perkara itu terus bergegas ke lokasi sebelum mendapati buaya tersebut berada dalam pukat di situ,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Katanya buaya sepanjang hampir empat meter itu telah dipindahkan ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam SPU sementara menunggu ketibaan Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *