BERNAMA – Tuduhan terhadap tentera fitnah, Anwar perlu minta maaf


BERA, 11 Nov (Bernama) — Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya anggota tentera di sini, mengundi awal hari ini dan dibayar adalah fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata dakwaan Anwar juga mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menghina anggota tentera bukan hanya di Bera, malah di seluruh negara yang selama ini berkhidmat mempertahankan negara serta dihormati masyarakat. 

“Tuduhan mengatakan tentera dibayar ini tuduhan jahat. Jangan hina anggota tentera. Saya minta Anwar tarik balik tuduhan tersebut dan minta maaf (tapi) bukan pada saya tetapi kepada anggota tentera kerana tuduh mereka terima wang dan sebagainya,” katanya. 

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media di selepas menghadiri program Moh Ngeteh bersama komuniti Orang Asli di Kampung Bongkok di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Anwar yang disiarkan sebuah portal berita kononnya terdapat kem tentera terutamanya di Bera, yang melaksanakan undian awal hari ini, selain dikatakan dibayar RM300. 

— BERNAMA



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *