BERNAMA – Pelan Tindakan Perpaduan Negara dilancar akhir tahun ini


KUALA LUMPUR, 13 Okt  — Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara pada akhir tahun ini bagi menyemai perpaduan masyarakat selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia.’

Menteri berkenaan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ia merupakan pelan rangka tindakan keseluruhan yang merangkumi Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia.

“KPN juga mewujudkan modul Kelab Rukun Negara di sekolah manakala Sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti bagi menyemaikan semangat Keluarga Malaysia supaya ia bermula dari asas termasuk juga mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam program Inklusif terbitan RTM malam ini.

Beliau juga berkata pelbagai program telah diperkenal di bawah Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 bagi memupuk semangat perpaduan di peringkat awal persekolahan termasuk pengajaran empat bahasa komunikasi iaitu bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban di Tabika Perpaduan.

Katanya semua program akan dilaksana di semua 1,781 Tabika Perpaduan seluruh negara yang melibatkan 38,000 murid.

— BERNAMA



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *