BERNAMA – GPS setuju sertai kerajaan pimpinan Anwar kerana akur titah Agong


KUCHING, 24 Nov (Bernama) — Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan semalam supaya GPS mempertimbangkan untuk bersama-sama gabungan lain bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu. 

“Kita akurlah. Anda kena ingat, kita adalah (negara) raja berperlembagaan dan (dalam) kita punya Rukun Negara, kita mesti taat (kesetiaan) kepada raja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan GPS di sini hari ini. 

Sementara itu beliau yang juga Premier Sarawak menyerahkan kepada Anwar untuk menentukan jumlah wakil GPS yang akan menyertai kabinet memandangkan perkara itu merupakan prerogatif beliau (Anwar) sebagai Perdana Menteri. 

Ditanya jika Anwar akan datang ke Sarawak, kunjungan pertama sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat ini, Abang Johari berkata: “Sik payahlah saya madah dengan kitak orang. Ya antara kamek dengan nya lah (Tak payahlah saya maklumkan kepada anda semua. Itu antara saya dan dia (Anwar),” . 

— BERNAMA



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *