BERNAMA – DAP minta maaf kepada kerajaan dan rakyat Sarawak

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- DAP membuat permohonan maaf atas sebarang kenyataan dibuat pemimpin parti itu sebelum ini yang telah menyinggung perasaan kerajaan negeri serta rakyat Sarawak. Permohonan maaf itu disampaikan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu pertemuan di…

KUCHING, 24 Nov (Bernama) — DAP membuat permohonan maaf atas sebarang kenyataan dibuat pemimpin parti itu sebelum ini yang telah menyinggung perasaan kerajaan negeri serta rakyat Sarawak.

Permohonan maaf itu disampaikan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu pertemuan di kediaman Abang Johari di sini hari ini.

Menerusi kenyataan di media sosial miliknya hari ini, Loke memaklumkan perbincangan secara mesra itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

“Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai Abang Johari mengesahkan pertemuan berkenaan namun tidak dapat menyatakan secara terperinci perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak.

Ikuti kami di media sosial :Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradioTwitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradioInstagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficialTikTok : @bernamaofficial

MALAYSIAN DAILY NEWS