Berita Ringkas Sukan SEA ke-31
Daripada R.Vikneswaran HANOI, 18 Mei (Bernama) -- Berikut berita ringkas membabitkan atlet Malaysia di Sukan SEA ke-31 di sini hari ini: Skuad Lawan Pedang Sumbang Pingat Pingat Skuad lawan pedang negara menghadiahkan pingat perak dalam acara foil berpasukan lelaki yang berlangsung di Hanoi Indoor Games Palace. Selepas mengejutkan Filipina…
Daripada R.Vikneswaran
HANOI, 18 Mei (Bernama) — Berikut berita ringkas membabitkan atlet Malaysia di Sukan SEA ke-31 di sini hari ini:
Skuad Lawan Pedang Sumbang Pingat Pingat
Skuad lawan pedang negara menghadiahkan pingat perak dalam acara foil berpasukan lelaki yang berlangsung di Hanoi Indoor Games Palace.
Selepas mengejutkan Filipina 45-40 pada separuh akhir, skuad negara yang dibarisi Hans Yoong, Tristan Cheng Xing Han, Chong Hong Li dan K. Kaerlan Vinod tewas 28-45 kepada Singapura pada perlawanan akhir.
Atlet Snuker Teruskan Kemaraan
Lim Kok Leong, yang menjuarai acara perseorangan 6-Red snuker lelaki semalam, meneruskan kempennya bagi acara perseorangan snuker lelaki selepas menewaskan Alvin Barbero Ambatali dari Filipina 4-0 dalam pusingan kelayakan.
Dalam pusingan kelayakan bagi acara 10 Ball Perseorangan Lelaki, Darryl Soo Yew Chia menumpaskan Visal Peou dari Kemboja 9-2.
Ikuti kami di media sosial :Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradioTwitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradioInstagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficialTikTok : @bernamaofficial