5,671 kes Covid-19 ini hari, yang masuk ICU ada 911 pesakit


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,671 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 79,848 kes aktif dengan 911 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 462 memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, jumlah jangkitan kini adalah 639,562.

Kes sembuh pula sebanyak 7,325 dengan jumlah kumulatif 556,030.

Sementara itu, sebanyak 73 kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 3,684.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,510 kes.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 769 kes, Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524), Kedah (309), Kelantan (262), Sabah (233), Melaka (184), Pulau Pinang (166), Perak (143), Pahang (112), Terengganu (108), Labuan (106), Putrajaya (18).

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan adalah kes import manakala baki 5,663 penularan tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *