50 SEKATAN JALANRAYA SEPANJANG PKP DI SABAH


KOTA KINABALU: Bagi memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi oleh orang ramai, Polis Sabah melaksanakan 50 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri bermula tengah malam tadi.

Ketua
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sabah, Khalid Saion berkata, SJR
yang dibuat itu membabitkan seramai kira-kira 4,000 petugas termasuk anggota
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

”SJR
ini dibuat di beberapa laluan strategik iaitu di laluan keluar masuk antara
daerah di Sabah.

”Selain
daripada SJR yang dilaksanakan 24 jam, pihak kami yang terdiri daripada 250
pasukan pemantau juga akan membuat pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi
terpilih bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP (prosedur operasi standard)
yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui dalam SJR di Jalan Malawa, di sini,
tengah malam tadi.

Turut
hadir, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji.

Khalid
berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas
termasuk mengeluarkan kompaun terhadap mana-mana individu yang didapati
melanggari PKP.

”Saya
juga menasihatkan mana-mana pekerja atau individu yang perlu melakukan rentas
daerah supaya mengemukakan surat daripada majikan atau surat kebenaran polis
ketika melalui mana-mana SJR,” katanya.

Sementara
itu, tinjauan terhadap pelaksanaan SJR di Jalan Malawa, dekat sini, tengah
malam tadi, mendapati terdapat kenderaan yang bergerak walaupun PKP mula
berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam.

Bagaimanapun,
kebanyakan pengguna kenderaan terbabit tidak diambil tindakan kerana
masing-masing menunjukkan surat daripada majikan selain surat kebenaran
daripada pihak polis.

Tinjauan
juga mendapati beberapa pengguna jalan raya turut dibenarkan melepasi SJR
selepas mereka memberi alasan munasabah kepada pihak polis.

Terdahulu
semalam, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, anggotanya akan
menggunakan “budi bicara” untuk membenarkan mereka yang terperangkap di kampung
halaman pulang ke rumah masing-masing pada tiga hari pertama pelaksanaan
perintah kawalan pergerakan (PKP). – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *