27 maut, ramai cedera kebakaran di New Delhi


NEW DELHI, 14 Mei (Bernama) — Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan ramai lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Mundka, barat New Delhi pada Jumaat.

Sementara itu, menurut polis New Delhi 50 orang diselamatkan dan lebih 30 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran, kata polis.

Punca kebakaran yang bermula di aras satu itu masih belum dapat dipastikan, namun seorang pegawai perbandaran mengesyaki ia berpunca akibat litar pintas. 

Insiden itu dilaporkan kira-kira 4.40 petang dan pasukan penyelamat operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga malam.

Puluhan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.

— BERNAMA



Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.