101 kes baru, tiada kematian dilaporkan


Sebanyak 101 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak berkenaan meningkat kepada 5,035,073 kes.

Jumlah kes aktif pula kini sebanyak 9,998 kes, menurun 12.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (24)

Selangor (23)

Negeri Sembilan (11)

Sarawak (9)

Melaka (8)

Johor (5)

Kedah (5)

Perak (4)

Sabah (4)

Kelantan (2)

Pahang (2)

Terengganu (2)

Perlis (1)

Putrajaya (1)

Pulau Pinang (0)

Labuan (0)

Sekali lagi tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Sepanjang minggu lalu, purata 1.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 sementara purata untuk 30 hari pula adalah 3.4 orang, menunjukkan trend penurunan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,932 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sementara itu seramai 351 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 12 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *